Slow sket update.. busy ngan keje harian. Okeh... Aku dah upload beberapa page kat host. Disk space usage dah pakai 12.69 MB. Aku bayar pon untuk 30 MB. Huhu. tak masuk database lagi nih.
Main page untuk testing kot2 korang nk komen : http://www.duniapendekar.com/utama.html
Update untuk panduan aku akan hanya buat kat page ni : http://www.duniapendekar.com/panduan.html
Lepas ni kalo aku nk update pon mungkin story line ngan aspek teknikal je kat blog ni.
Kalo korang klik daftar sekarang tak bleh lagi sebab aku tengah finalize database table ngan aku dok godek2 nk buat bila orang daftar, activation email akan dihantar. Lepas dia klik kat activation linkage tu baru table untuk database kampung dia akan dibuat.
Challos for now...
-Fuad-
[+]
Aku sekrang tengah nk finalize first stage bangunan2 yang perlu ada dalam pembinaan kampung. Dah finalize ni baru aku bleh nk sambung persediaan untuk peringkat paling awal percubaan di server betul. Gambar yang aku ada sekrang adalah yang aku download dari http://clipart.nicubunu.ro/?gallery=rpg_map
1. Rumah Ketua Kampung
Okeh.. bila start je pembukaan kampung baru, ada satu jek bangunan yang akan ada. Inilah bangunan tersebut, rumah ketua kampung. Inilah rumah anda sebagai ketua kampung. Dalam dunia pendekar, rumah ketua kampung adalah paling utama. Disini lah pusat pemerintahan kampung anda. Sesetengah bangunan yang perlu dibina memerlukan rumah ketua kampung pada tahap tertentu.
2. Rumah Tukang ( Gambar sekadar hiasan - huhu.. gambar yang iras2 pon tak dapat carik)
Langkah pertama ketua kampung ialah menyediakan rumah untuk tukang. Setelah rumah [+]
Aku rasa sangat hepi arini sebab ada seorang yang sangat baik hati telah melukiskan karekter untuk game Dunia Pendekar. Terima kasih sangat-sangat pada Walid : http://mat3w.deviantart.com/ yang dh melukis gambar karekter utk Dunia Pendekar. Korang bleh tgh kat sini artwork yang best ni : http://mat3w.deviantart.com/gallery/#Dunia-Pendekar Aku tgh wat website yang versi sratch lagi. Aku tiru presentation Travian lagi. Hehe. Sape pemain Travian musti menyampah dgn Dunia Pendekar versi mula2 nih. Nk wat camna bro. Tak kreatif. :( Tujuan utama aku nk tgk enjin dia ada masalah tak. Excuse the presentation yerkk. Okeh.. meh aku cerita sket lagi pasal Dunia Pendekar dengan lebih detail. Oh, sebelum aku proceed, sila take note gambar yang buruk tu aku lukis sendirik. Yang cun tu Walid yang bagi. Huhu. Aku x nk cerita apa yang aku dah cerita sebelum2 ni, aku nk cerita yang baru jek. Nk tahu cerita [+]
Aku dah buat cara serangan dah. So far ok cuma masalah dia kalo dua2 orang yang yang menyerang dan diserang offline. Susah aku nk calculate hasil serangan dia. Jadik, aku dok pikir sekarang ni, masih nk kena pakai cronjob. Buat masa ni aku ingat nk mula wat kat dalam server dah. Tapi x melibatkan askar lagi. Kira bina kampung jek. Dan memandangkan xdek orang yang sudi sumbangkan gambar, aku pakai gambar mana2 yang ada jek. :( Nnti kan kemunculan paparan permainan Dunia Pendekar yang tak cun nnti. Isk.. Isk.. [+]
Semalam aku dah berjaya buat map guna CSS Layer. Simple jer. Setelah aku mengkaji tentang SVG ngan CSS, aku decide pakai CSS. Aku load coordinate dari database MySQL pakai PHP. Pastu aku convert variable dia ke Javascript variable. Javascript plak akan plot kampung tu atas map besar. Kira ada 2 layer la sekarang ni. Concept wise dah ok la cuma nk kena cantikkan lagi dan optimise kat lagi cara dia plot map. Next aku nk kena buat yang aku rasa paling mencabar, serangan. Belom start lagi dah cuak dah..hehe.. Ada 2 part yang perlu cater. Koordinat dan tempoh diambil untuk sampai. Ni bergantung pada jarak dan kelajuan pahlawan tu. Keputusan serangan. Ni bergantung pada kekuatan dan jumlah pahlawan. Wish me luck.. :-P -Fuad- [+]
Sepanjang hari semalam aku dok study nk buat coutdown bila player bina atau naik tahap bangunan. Aku belajar benda yang penting semalam. Walaupon sebelum ni aku tau apa itu client side coding dan server side coding, rupa2nya nak buat game ni kena pakai dua2. Itu yang sampai tak kuar makan tengah ari tu. Kekeke.. Lagipon aku pose.. ;p Server side programming yang aku pakai ialah PHP. Mmg kena pakai server side untuk game sebab kalo buat kat client side programming, mmg best la player naikkan sumber2 dia. Jadik, suma maklumat pasal kampung, sumber suma database control kena buat coding pakai PHP. Masalah dia pulak utk countdown, kalo buat server side coding asek kena reload jela page tu nk buat countdown. Disinilah nk kena pakai client side programming. Yang aku pakai ialah Javascript. So nak pakai dua2 programming ni leceh gakla sebab dia adalah [+]
Huh.. beraya sakan aku. Hari ini baru sampai Shah Alam. Masa raya mmg xdak progress langsung. Namun aku dok pikir byk kat game ni punya features. Teknikal x dak langsung. Namun sampai jek Shah Alam arini, aku dok godek2 funtion mktime() ngan time() utk php. Hah.. aku dh dpt. Instead of pakai cronjob yang sememangnya akan makan bandwith kat server, aku akan calculate time guna 2 function php ni. Aku dah try basic countdown, canteekk. Esok la kat opis aku buat kat opis untuk pembinaan satu bangunan. Asasnya apa yang berlaku: Pemain akan bukak page yang tunjuk gambar kampung (http://duniapendekar.com/kampung.php) tak yah la klik. Aku tak wat lagi page tu. Ni nama cadangan jek. Bila pemain klik dekat bangunan yang nk dinaik taraf atau bina baru dia akan link kat page pembinaan (http://duniapendekar.com/rumah.php) cth link kalo dia nk buat rumah. So kat [+]
Ada jugak orang dok tanya kenapalah aku ni semangat sangat nk buat game ni. Curahkan masa dan peninkan kepala. Jawapannya senang ja, sebab aku ni sangat minat game. Sape yang pernah main Game web based ni mesti tahu bertapa ketagihnya game macam Travian, Khan Wars, Mafia, Evony. Bayangkan kat M'sia ni ada enam server untuk Travian. Masa aku main server US aku ingatkan sever M'sia tak ramai orang tapi rupa2nya boleh tahan jugak. Baru aku sedar ramai jugak kaki game kat M'sia ni macam aku. Hahak. Tapi ada beberapa kelemahan yang aku cuba improve dengan Dunia Pendekar. Game ni totally untuk kaki buli. Kalo ko nk jadik orang baik (dok diam je tak nak kaco orang, jadik SIM player), jangan harap la. Memang boleh tapi sakit ati kena serang jela. Dunia pendekar ni aku akan buat sapa yang nk jadik SIM [+]
Aku dah berjaya buat buat paparan, bila pemain log masuk je, dia akan nampak gmbr kampung dia. Semua maklumat pasal kampung dia akan terpapar la (query from MySQL). Aku create button (specific utk setiap sumber), bila pemain klik je button tu sumber dia diuprade. Cantiikk. Produksi jugak dia akan kira ikut tahap/level sumber dia. Aku dah puas ati dengan php interaction dia.
Gambar snapshot atas ni test page jela (klik utk besarkan). Kalo ada orang dapat sumbangkan gambar kampung boleh la wat cantik2.. Hehe.
Kalo korang perasan server time pon aku dah masukkan kat belah kanan tu. :-P
Next ialah nk buat timing untuk bina bangunan dan buat askar. Aku dok pikir pakai cron. Setakat ni itu je carik paling bagus nk buat execution time based. Kalo korang ada idea cara lagi best, share2 [+]
Setelah bertungkus lumus belajar selama 2 hari ni, aku dah berjaya buat page untuk pemain buat pendaftaran. Bila pemain klik register, nama, password dengan emel dia akan simpan dalam database. Pastu aku jugak dah berjaya buat login page, simple2 jela. Apa login page ni buat, bila orang masukkan username ngan password, dia akan check dalam database, kalo wujud maklumat tu dia akan bawak masuk dalam member punya page kalo tak dia bagitau error. Next stage aku tgh nk wat HMI untuk simple database, macam mana maklumat pasal kampung di simpan ngan sumber2 dia. Aku tgh risau gak bila kat page ni dia access database pakai password. Kononnya PHP coding ni kalo orang save website tu, dia takkan nampak PHP code. Ni nak kena test ni. Kalo nampak, abes la database aku kena hack nnti. Jom..buat simple database untuk player info plak. [+]





