Sepanjang hari semalam aku dok study nk buat coutdown bila player bina atau naik tahap bangunan. Aku belajar benda yang penting semalam. Walaupon sebelum ni aku tau apa itu client side coding dan server side coding, rupa2nya nak buat game ni kena pakai dua2. Itu yang sampai tak kuar makan tengah ari tu. Kekeke.. Lagipon aku pose.. ;p Server side programming yang aku pakai ialah PHP. Mmg kena pakai server side untuk game sebab kalo buat kat client side programming, mmg best la player naikkan sumber2 dia. Jadik, suma maklumat pasal kampung, sumber suma database control kena buat coding pakai PHP. Masalah dia pulak utk countdown, kalo buat server side coding asek kena reload jela page tu nk buat countdown. Disinilah nk kena pakai client side programming. Yang aku pakai ialah Javascript. So nak pakai dua2 programming ni leceh gakla sebab dia adalah [+]

Huh.. beraya sakan aku. Hari ini baru sampai Shah Alam.  Masa raya mmg xdak progress langsung. Namun aku dok pikir byk kat game ni punya features. Teknikal x dak langsung. Namun sampai jek Shah Alam arini, aku dok godek2 funtion mktime() ngan time() utk php. Hah.. aku dh dpt. Instead of pakai cronjob yang sememangnya akan makan bandwith kat server, aku akan calculate time guna 2 function php ni. Aku dah try basic countdown, canteekk. Esok la kat opis aku buat kat opis untuk pembinaan satu bangunan. Asasnya apa yang berlaku: Pemain akan bukak page yang tunjuk gambar kampung (http://duniapendekar.com/kampung.php) tak yah la klik. Aku tak wat lagi page tu. Ni nama cadangan jek. Bila pemain klik dekat bangunan yang nk dinaik taraf atau bina baru dia akan link kat page pembinaan (http://duniapendekar.com/rumah.php) cth link kalo dia nk buat rumah. So kat [+]

11
Sep

Ada jugak orang dok tanya kenapalah aku ni semangat sangat nk buat game ni. Curahkan masa dan peninkan kepala. Jawapannya senang ja, sebab aku ni sangat minat game. Sape yang pernah main Game web based ni mesti tahu bertapa ketagihnya game macam Travian, Khan Wars, Mafia, Evony.  Bayangkan kat M'sia ni ada enam server untuk Travian. Masa aku main server US aku ingatkan sever M'sia tak ramai orang tapi rupa2nya boleh tahan jugak. Baru aku sedar ramai jugak kaki game kat M'sia ni macam aku. Hahak. Tapi ada beberapa kelemahan yang aku cuba improve dengan Dunia Pendekar. Game ni totally untuk kaki buli. Kalo ko nk jadik orang baik (dok diam je tak nak kaco orang, jadik SIM player), jangan harap la. Memang boleh tapi sakit ati kena serang jela. Dunia pendekar ni aku akan buat sapa yang nk jadik SIM [+]

Aku dah berjaya buat buat paparan, bila pemain log masuk je, dia akan nampak gmbr kampung dia. Semua maklumat pasal kampung dia akan terpapar la (query from MySQL). Aku create button (specific utk setiap sumber), bila pemain klik je button tu sumber dia diuprade. Cantiikk. Produksi jugak dia akan kira ikut tahap/level sumber dia. Aku dah puas ati dengan php interaction dia. kampung Gambar snapshot atas ni test page jela (klik utk besarkan). Kalo ada orang dapat sumbangkan gambar kampung boleh la wat cantik2.. Hehe. Kalo korang perasan server time pon aku dah masukkan kat belah kanan tu. :-P Next ialah nk buat timing untuk bina bangunan dan buat askar. Aku dok pikir pakai cron. Setakat ni itu je carik paling bagus nk buat execution time based. Kalo korang ada idea cara lagi best, share2 [+]

Setelah bertungkus lumus belajar selama 2 hari ni, aku dah berjaya buat page untuk pemain buat pendaftaran. Bila pemain klik register, nama, password dengan emel dia akan simpan dalam database. Pastu aku jugak dah berjaya buat login page, simple2 jela. Apa login page ni buat, bila orang masukkan username ngan password, dia akan check dalam database, kalo wujud maklumat tu dia akan bawak masuk dalam member punya page kalo tak dia bagitau error. Next stage aku tgh nk wat HMI untuk simple database, macam mana maklumat pasal kampung di simpan ngan sumber2 dia. Aku tgh risau gak bila kat page ni dia access database pakai password. Kononnya PHP coding ni kalo orang save website tu, dia takkan nampak PHP code. Ni nak kena test ni. Kalo nampak, abes la database aku kena hack nnti. Jom..buat simple database untuk player info plak. [+]

03
Sep
Related entries:Uncategorized

Semalam aku dah download WAMP server singkatan pada Windows Apache MySQL PHP server. Bestnya software ni dia terus install 3 Software penting untuk server iaitu: Apache MySQL PHP Sekrang komputer aku dah jadik macam server. Semua keje boleh letak dekat folder dia (locolhost) dah boleh test dah web browser access ngan MySQL database. Aku download dekat sini: http://www.wampserver.com/en/ [+]

03
Sep

Blog ni aku buat untuk track progress aku dalam membuat permainan laman web macam Travian, Khan Wars. Pemain tak perlu download apa2, cuma browse laman web aku teros boleh main. Aku namakan game tu Dunia Pendekar. Sebetulnya aku boleh kata zero knowledge bab2 html, php apatah lagi SQL. Maka aku nk bertatih2 mencari sumber2 yang ada untuk buat permaianan laman web Dunia Pendekar ni. Secara indirectnya aku dapat belajar web access untuk SQL. Satu pengetahuan yang aku perlukan jugak dalam kerja aku kat company aku sekrang. Harapkan company antar pergi course tak tahu bile lagi. Ini kira pengembaraan aku untuk belajar dengan cara fun, sebab aku suka main game. :-P Malangnya aku memang tak berbakat langsung dalam seni, jadik aku harap kalo ada pembaca blog ni yang minat lukis2 boleh la sumbangkan hasil lukisan dia untuk permaianan ni kalo tak keberatan. Sekian untuk [+]

©2008 Demo | Designed by: Elegant Wordpress Themes & Made free by SOURCE-Promo.com Promo Items | Valid XHTML | WordPress