Aku rasa sangat hepi arini sebab ada seorang yang sangat baik hati telah melukiskan karekter untuk game Dunia Pendekar.

Terima kasih sangat-sangat pada Walid : http://mat3w.deviantart.com/ yang dh melukis gambar karekter utk Dunia Pendekar. Korang bleh tgh kat sini artwork yang best ni : http://mat3w.deviantart.com/gallery/#Dunia-Pendekar

Aku tgh wat website yang versi sratch lagi. Aku tiru presentation Travian lagi. Hehe. Sape pemain Travian musti menyampah dgn Dunia Pendekar versi mula2 nih. Nk wat camna bro. Tak kreatif. :(   Tujuan utama aku nk tgk enjin dia ada masalah tak. Excuse the presentation yerkk.

Okeh.. meh aku cerita sket lagi pasal Dunia Pendekar dengan lebih detail. Oh, sebelum aku proceed, sila take note gambar yang buruk tu aku lukis sendirik. Yang cun tu Walid yang bagi. Huhu.

Aku x nk cerita apa yang aku dah cerita sebelum2 ni, aku nk cerita yang baru jek. Nk tahu cerita sebelum ni sila cek post2 sebelum dan jugak page Projek.

kampung2

Obvious sgt gambar ni aku lukis sendirik. Bukan lukis sendirik jugak, aku edit dari gambar yang aku download kat sini: http://clipart.nicubunu.ro/?gallery=rpg_map. Bagus betul mamat ni bagi downlowd free jek. Oh..simbol2 kampung tu aku pinjam simbol kartun Avatar. Hehe.

Okeh, dunia pendekar terbahagi kepada 4 kawasan iaitu:

  1. Hulu – Dihuni oleh puak tanah
  2. Hilir – Dihuni oleh puak air
  3. Matahari Naik – Dihuni oleh puak api
  4. Matahari Jatuh – Dihuni oleh puak angin

Setiap puak mempunyai dua jenis kampung iaitu kampung pahlawan dan kampung pedagang. Walaupon bangunan asas nya sama, namun kampung pahlawan mempunyai bangunan kearah keganasan. Manakala kampung pedagang pula mempunyai bangunan kearah ekonomi dan perdagangan.

Jom kita berkenalan dgn watak2 dalam game ni:

DP___Pendekar_Keris_by_mat3wIni adalah pendekar keris. Dia ni pahlawan jarak dekat yang agak efektif. Dengan pencak silat bersenjatakan keris, dia boleh membunuh dengan cepat. Kalo ikut ranking dalam dunia pendekar, dia adalah nombor 3 dari bawah. Okeh, camni cara nk wat askar kat dalam dunia pendekar.

  1. Ketua kampung harus buat rumah penduduk. Nnti orang akan datang tinggal di kampung.
  2. Penduduk yang menganggur boleh ditukar jadi Samseng dekat gelanggang laga ayam.
  3. Samseng boleh di naik taraf jadi kaki pukul jika dibekalkan buku lima. Nk wat buku lima kena ada tukang senjata.
  4. Bila ada gelanggang silat dan keris, penduduk boleh dilatih jadik Pendekar Keris.

DP___Pendekar_Parang_by_mat3wIni pulak pendekar parang. Pahlawan ni mempunyai kehebatan membunuh lebih hebat dari pendekar keris. Ia juga dikategorikan pahlawan tempur jarak dekat. Nk latih askar ni memerlukan gelanggang silat dan parang. Jika pendekar parang di hantar bertapa di empat buah kawasan berbeza, dia boleh menggunakan pencak parang terbang. Pencak parang terbang amat sesuai digunakan untuk berlawan dengan pendekar kapak badik.

DP___Pendekar_Kapak_Badik_by_mat3wNi pulak pendekar kapak badik. Pahlawan ni adalah pahlawan jarak jauh. Dia akan membaling kapak badik pada musuhnya. Ia adalah pahlawan pertahanan yang sgt berguna, kerana dia berjaya membunuh musuh sebelum musuh sempat sampai ke kampung lagi. Namun, untuk mempertahankan kampung, ketua kampung perlu menyediakan menara atas pokok. Jika digunakan utk serangan, dia mampu membunuh musuh dari jauh juga. Pertermpuran jarak dekat adalah kelemahan utamanya.

DP___Pendekar_Tombak_by_mat3wPendekar tombak adalah pahlawan paling efektif untuk menentang pendekar berkuda. Dengan tombaknya yang panjang, dia dapat menjatuhkan pendekar lebih mudah berbanding pendekar lain. Namun dia juga agak lemah jika bertempur dengan pendekar jarak dekat seperti pendekar keris dan pendekar parang.

DP___Lanun_by_mat3wLanun dilatih untuk tujuan merompak pedagang2. Jalan perdagangan utama dalam dunia pendekar ialah melalui jalan air. Dengan melatih lanun, kampung dapat merompak pedagang2 yang sedang berdagang. Kampung perlulah ada tukang perahu untuk melatih lanun. Senjata yang diperlukan ialah parang.

DP___Pendekar_Berkuda_by_mat3wInilah pendekar yang paling laju dan paling handal. Bersenjatakan parang dan berkuda, dia dapat merempuh barisan pertahanan pihak musuh dengan pantas dan kejam. Sediakan pendar tombak kawan. Jangan memandang rendah pada pendekar berkuda.

DP___Bomoh_by_mat3wPerbezaan antara puak dapat dilihat dgn kelebihan bomoh masing2. Bomoh juga antara kelebihan kampung yang hebat kerana dia dapat buat beberapa perkara antaranya:

  1. Serangan jarak jauh (dari kampung ke kampung). Cth: Puak angin boleh menggunakan Santau Angin. Puak api boleh menghantar bola api. Puak tanah boleh merasuk penduduk.
  2. Sediakan tangkal kebal (meningkatkan pertahanan) pahlawan.
  3. Mengasap kemenyan sejata (meningkatkan serangan)
  4. Bela makhluk halus utk tujuan tertentu. Nnti aku cerita pasal makhluk halus. Nak ada makhluk halus, kena ada bomoh dulu.

DP___Toyol_by_mat3wToyol digunakan untuk mencuri sumber kampung lain. Kena ada bomoh mengawal toyol ni.

DP___Orang_Minyak_by_mat3wOrang minyak digunakan untuk melumpuhkan ekonomi sesuatu kampung. Dia akan mengacau penduduk dan bilangan penduduk akan berkurangan. Ingat..penduduk diperlukan untuk dilatih menjadi pahlawan dan juga berkerja di kampung.

DP___Hantu_Raya_by_mat3wHantu raya ialah makhluk halus yang digunakan oleh puak api dalam peperangan menentang musuh. Ia perlu dikawal oleh bomoh. Untuk puak air, hantu air digunakan. Puak tanah menyeru mambang tanah dan puak angin menggunakan jembalang. Makhluk halus jenis serangan ni dikategorikan mengikut jenis. Hantu raya dan mambang tanah adalah petarung jarak dekat. Hantu air dan jembalang ialah petarung jarak jauh.

DP___Hulubalang_by_mat3wHulubalang adalah pendekar paling hebat dalam kampung. Satu kampung hanya boleh ada satu hulubalang sahaja. Kelebihan hulubalang ialah:

  1. Boleh ada binatang sebagai khadam.
  2. Menggunakan senjata hikmat.

Hulubalang dapat meningkatkan kuasa semakin banyak pertarungan yang diharungi nya. Dia juga dapat menyertai pertandingan silat antara kampung.

Hehe.. Baru syok explain bila dah ada gmbr ni. Pasal kampung pedagang tu lenkali lah aku cerita. Lagipon x dek gambar. X semangat nk cerita. Huhu. Tapi nk perkenalkan satu lagi watak penting bagi kampung pedagang. Kampung kepahlawanan pon ada jugak tapi x sehebat kampung pedagang la. Kepahlawanan boleh berdagang melalui jalan darat jek. Tapi kampung pedagang bleh pakai jalan air sekali.

DP___Pedagang_by_mat3wIni dia pedagang. :)

Terima kasih tak terhingga sekali lagi kat Walid. Jumpa lagi..

-Fuad-

3 Responses to “Gambar Best – http://mat3w.deviantart.com/”

  1. JAIME Says:


    PillSpot.org. Canadian Health&Care.Special Internet Prices.Best quality drugs.No prescription online pharmacy. No prescription drugs. Order pills online

    Buy:Acomplia.Lasix.SleepWell.Wellbutrin SR.Female Cialis.Lipothin.Cozaar.Ventolin.Benicar.Seroquel.Female Pink Viagra.Zocor.Lipitor.Nymphomax.Amoxicillin.Buspar.Zetia.Advair.Aricept.Prozac….

  2. ALEXANDER Says:


    MedicamentSpot.com. Canadian Health&Care.No prescription online pharmacy.Special Internet Prices.Best quality drugs. Low price pills. Buy pills online

    Buy:Mega Hoodia.Arimidex.Prednisolone.100% Pure Okinawan Coral Calcium.Accutane.Zovirax.Petcam (Metacam) Oral Suspension.Retin-A.Valtrex.Actos.Synthroid.Nexium.Lumigan.Zyban.Human Growth Hormone.Prevacid….

  3. Room Says:

    formal http://xpicturesdvcott.AUTOPARTSTHAI.INFO/tag/Room+Renovations+Pictures+formal/ : Pictures…

    Room…

Leave a Reply

©2008 Demo | Designed by: Elegant Wordpress Themes & Made free by SOURCE-Promo.com Promo Items | Valid XHTML | WordPress